Antara dua persimpangan
berbeza arah dan tujuan
kita....
dua insan yang terlarut emosi
bila bertemu di satu noktah
seketika....
Menanam sejuta harapan
di antara pergunungan kehidupan
jatuhkah kita di dalam jurang kelukaan
atau megah di puncak kebahagiaan
Bila saling memandang
ada yang berbisik di sudut hati
usah berlalu.....
bila saling bertatapan
ada suara yang menyapa
pergilah........
ku heret hati keliru
mengikut rentak langkah
ada suara bayu memujuk
teruskan kerana takdirmu
teruskan kerana ada imanmu
menghela nafas sebak
bila semakin berjauhan
aku di sini
melukis bayangmu di kanvas kenangan
aku di sini
memahat tugu rindu
~ Nurr Bayu ~
21 Julai 2013
#Antara realiti dan impian ada satu benang halus yang memisahkan
dan benang halus itu adalah takdir.....semua atas keizinan - MU YA MUHAIMIN....
Akak, best sgtt!
ReplyDeletethanks pa sudi baca dan komen...
Delete