Thursday 24 July 2014

Sakit sebenarnya menangis sendirian nie sebab
kebukuan yang nak kita lepaskan terpaksa dihadam semula .... tak pe
Allah maha adil..Allah maha memahami ...
Selagi boleh bertabah..aku akan bertabah...
perisai ketabahan ini akan akk genggam erat walau aku rebah,
takkan ku biarkan perisai ketabahan ini turut luruh....

Tanah Yang Berdarah

Tanah ini pernah subur
menadah silau mentari
menakungi curahan hujan
tanah ini pernah tersenyum
permainan anak-anak kecil
menghitung butiran bahagia
tak terbilang cerita gembira
terlukis di wajah kering kontang

Tanah ini tanah pusaka
dahulunya....
diperjuangkan para anbia
menegakkan pedang jihad
pahlawan syurga yang perkasa
titisan darah menjadi bukti
mengiringi pemergian abadi

Kini ....
tanah ini kembali bergolak
bila tubuh kecil diratah
bila kudrat wanita ditoreh
lukanya sangat dalam
dukanya sangat kusam

Tanah yang berdarah
akan sentiasa subur
disimbahi darah mujahid terbilang....

Nurr Bayu
23-Julai-2014

#DoaUntukGaza

Alpa ......

Rambulan menangis
Bintang mengemis
kebenaran dalam kabur
kepalsuan hidup subur
Antara sejuta al kisah
kita manusia
menonton dan tertawa
meratah hidangan kepalsuan
melihat dan berhiba
menghadam hidangan kedukaan

Cerita ini al kisah kita
bila kita galak berbicara
tentang kisah harga diri
bila kita megah menghina
tentang kesombongan hati
bila kita rakus tertawa
tentang kebodohan sanubari

kita rakus kerana kita gah
kita buta kerana kita gagah
kita teralpa..
kitalah manusia tanpa sedar
telah kalah.....

Nurr Bayu
23 Julai 2014