Thursday 17 October 2013

Berfikir sejenak : Mutiara kata


Sepatah kata bermakrifat ibarat penyuluh di dalam gelap,
Sebaris kalimah terpahat ibarat seuntai pesan dan amanat,
Serangkap tunjuk nasihat bagai segunung ilmu dan manfaat…



  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik
  • tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
copy paste dari 

No comments:

Post a Comment