Thursday 31 October 2013

Bila Waktu Terhenti

Bila waktu terhenti
bukan sesiapa untuk sesiapa
tidak bisa menyayangi
menyimpul benang rindu
diri untuk yang berhak
memberi sebuah kehidupan
membuka sejalur peluang
mencari bekalan
mengheret kealpaan

Bila waktu terhenti
tiada aku untuk tatapan matamu
lihatlah aku di hatimu
memori yang tercipta
selak kala rindu hadir
kala kau ingin merasai kehangatan sayangku

Sebelum waktu itu tiba
kita bina tugu harapan
menganyam keukhwahan
tercoret atas nama takdir
membilang waktu
menuai impian
moga ada sebuah kenangan
bila diri melangkah
moga ada titisan memori
tersemai ada di hatimu

~ Nurr Bayu ~
24-Julai-2010

5 comments:

  1. punya potensi yg baik dlm menghasilkan sajak...x nak cuba cabang lain seperti novel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cuba menulis cerpen tapi mcm tak kena dgn jiwa sy, lebih selesa meluahkan rasa,berbicara pandangan dengan sajak.....

      Delete
    2. thanks sentiasa sudi menjengah dan membaca ayat cmpak2 sy...

      Delete
  2. Replies
    1. thankss sudi membiarkan hati tertusuk ...

      Delete